Tuesday 22 May 2012

Aku gembira melihat kamu bahagia...


Cemburu…
Apa itu cemburu??
Wajarkah timbul perasaan cemburu??
Aku xmampu untuk merungkai semua itu…
Aku bukanlah pakar akan hal itu…
Tapi…sebagai manusia biasa…
Sudah menjadi lumrah untuk seseorang merasakan nya…
Kesedihan di saat orang yg ku cintai mencintai SAHABAT ku sendiri...
Jgn salahkan aku…
Aku manusia normal…
Yang mempunyai hati & juga perasaan…
Sakit, pedih…
Bertambah sakit apabila makin dilayan, makin dikenang…
Ahhh!
Hiraukan…
Lupakan…
Mungkin aku diuji…
Diuji untuk melihat sejauh mana aku mampu mengawal perasaan & nafsu yg sering menjahanamkan manusia…
Ya Allah..bantulah hambamu…
Jauhkan aku dari perkara2 yg boleh membawaku kepada dosa…tanpa ku sedari… =(
Jauhkan aku dari dia…
( Tabahkan hatimu wahai puteri… )

Tuesday 15 May 2012

Antara Cinta & Sahabat...

        Suasana pilu menyelubungi kamar…Nasyid berjudul doa perpisahan beralun memenuhi ruang rehat…Athirah termenung apabila terkenangkan rakan2 lamanya, tertanya-tanya apakah khabar mereka setelah 7 tahun terpisah…Hari bahagia itu sudah dekat, tersenyum sendiri tatkala fikirannya beralih kepada baju yg bakal disarungnya pada minggu hadapan…

       Tiba2 terlintas di fikiran untuk mencari barang2 kenangan bersama 6 orang sahabat suatu ketika dahulu, ketika masih bergelar pelajar asasi...amy, fatin, miza, pikah, erni dan izati…Satu persatu gambar ditatap, hanya senyuman mampu diukir… “Ya Allah…smpai sekarang aku tidak tahu di mana keberadaan mereka, adakah masing2 sudah mendirikan rumah tangga?”…hatinya meneka2…punca perpisahan tidak mahu dikenang lagi, setelah menamatkan ijazah di bumi kenyalang, Athirah berhijrah ke suatu tempat yang jauh dan asing bagi dirinya…

      Sedang asyik menyelak satu persatu surat yang pernah diterima, tiba2 matanya tertumpu kepada sebuah diari…Dengan rasa gentar, akhirnya dibuka diari yg banyak tersimpan kisah suka & duka kehidupannya suatu masa dahulu…’Sahabat’…berdegup jantungnya apabila teringat peristiwa itu…Dibacanya satu persatu apa yang pernah ditulis…Perlahan2 air mata mengalir…Wajah Khairul Adri bermain2 di fikiran…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

      ‘’ Aku coretkan semua ini untuk insan yang pernah bergelar sahabat…Manisnya mengenalimu…Perkenalan bermula di saat kau tiba2 menyapaku…”Menangislah, mengadulah kepada Dia,usah bersedih lagi”…Tersentap hatiku mendengar kata2 itu…Lembut hatiku, mengalir air mata tatkala ada insan mampu menghilangkan kesedihan dengan mengajakku untuk mengingatiNya…Tanpa ku inginkan, timbul rasa cinta…cintaku bukanlah disebabkan harta,keturunan mahupun rupa, tetapi cukuplah disebabkan kuatnya pegangan agama yang kau miliki…

      Pantasnya masa berlalu…Atas alasan persahabatan aku kerap berhubung denganmu…Aku selesa kerana mempunyai seorang sahabat yang bersedia mendengar semua masalah yang dihadapi, aku menjadi tenang, hari2ku dipenuhi senyuman, bahagia kerana mengenalimu…Perkenalan ini juga membawa kepada keretakan hubungan yang sudah sedia ada…lekanya aku…

     ( Leka! itulah lumrah manusia biasa yang xpernah lari melakukan kesilapan… )

      Kini kau menjauhiku, tercari2 dimana salah,di mana khilafku…………Aku bukanlah seorang muslimah yang sanggup berkorban demi untuk menyampaikan dakwah, seperti yang kau inginkan…Perkenalan kita akhirnya tamat di sini, sebaknya hatiku…Menangis di kala orang lain sedang gembira…Kesedihan ini ku pendam seorang diri, tanpa diketahui sesiapa termasuk rakan baikku sendiri…Aku cuba untuk menguatkan hati…

      Terima kasih sahabat…mungkin ada hikmah di sebalik semua ini…Sedikit sebanyak kau telah banyak berjasa dalam membentuk diri ini ke arah untuk menjadi muslimah yg betul2 sejati…Aku akan ingati segala tunjuk ajar serta nasihat yg selalu kau berikan…Terima kasih sahabat!!...Doakan insan yg pernah bergelar sahabat ini mampu untuk meneruskan liku2 kehidupan yg penuh cabaran ini… Insya’allah,aku akan cuba… Aku akan cuba untuk meletakkan diriku sebagai seorang wanita yg berguna untuk agama…Semuanya yang ku lakukan bukanlah kerana dirimu, tapi kerana Allah swt…mungkin kau adalah perantara antara aku dan Dia…Semoga Allah swt meredhai perpisahan ini… Kenang daku dalam doamu…Aku doakan kau bahagia dengan pilihan yg sehebat dirimu…

      Seperkara yang kamu harus tahu sahabat!...Aku bakal melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat…Aku telah menemui seorang lelaki yg sanggup menjadikan aku isteri, dan sanggup untuk terus membimbing diriku yang lemah ini…Aku bahagia dengan pilihanku sekarang,Ariff…Aku bersyukur kerana telah dihadiahkan pelangi setelah ditimpa hujan yg lebat… “

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

      Perlahan2 diari itu ditutup…diletakkan kembali ke tempat yg asal…pilu hati apabila terkenangkan kesedihan yg pernah dihadapi…Peristiwa itu banyak mengajar dirinya, perubahan demi perubahan berjaya dicapai…Dia bangga dengan dirinya sekarang…Terima kasih sahabat…terukirlah senyuman di sebalik air mata yg jatuh…Air mata gembira & syukur…

      Seminggu berlalu…

      ‘’Aku terima nikahnya Nurul Athirah bt Abdul Azid dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai”….tersenyum kedua2 wajah…Alhamdulillah…dengan terlafaznya akad itu, maka terpikullah tanggunjawab sebagai isteri kepada seorang jurutera yg berjaya…Perkenalan di bangku sekolah akhirnya disudahi dengan satu ikatan perkahwinan…Dengan perasaan yg sgt gementar, niqabnya dibuka… “ Wajah ini hanya untuk suamiku”…(Athirah)  =)
      “Terima kasih tira, kau masih cantik seperti dahulu”…itulah yg mampu diucapkan seorang lelaki yg telah sah bergelar suami…(Ariff)