Wednesday 29 January 2014

Cintaku di Syurga!

          ‘Aku nekad! Ni keputusan yg terakhir dan keputusan ni xkan aku ubah!’…hentak Damia di dalam hati. Air matanya menitis sambil mengenangkan kenangan serta harapan yg telah hancur. ‘Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Moga dia bahagia bersama teman hidupnya. Sungguh, perit untuk ku terima orang yg amat ku cinta selama bertahun akhirnya menjadi milik orang’…Air mata berterusan mencurahi pipi. Damia hanya berkurung di dalam kamar dan terus menanti keajaiban yg xkan kunjung tiba. Hari demi hari terus berlalu, akhirnya digagahkan juga langkah untuk berhadapan dengan hari yg mendatang. Keputusan yg sangat drastik dilakukan tanpa berfikir panjang. Damia menerima lamaran seorang lelaki yg telah lama berkenan untuk menjadikannya isteri. Bukan kerana cinta, rupa mahupun harta, apa yg difikirkan Damia hanyalah seseorang yg mampu mengubat jiwanya yg lara. Dengan masa yg terlalu pantas, dengan tempoh yg sgt singkat, akhirnya Damia Amira sah menjadi isteri kepada seorang suami yg cantik akhlaknya.

          Setelah 3 bulan usia perkahwinan, Damia mengambil keputusan untuk menetap di sebuah negara yg sangat asing baginya. Kehendak Damia hanya dituruti suaminya Aiman. Perkara itu bukanlah menjadi masalah kerana Aiman mempunyai beberapa cawangan syarikat di serata dunia. Aiman punya segalanya, namanya juga gah di dalam mahupun luar negara. Dia juga merupakan al-hafiz iaitu penghafaz Al-Quran juga seorang daie yg bergerak aktif satu masa dahulu. Kini Aiman lebih sibuk dengan kerjaya dan syarikat yg terpaksa dikendalikan setelah pemergian ayahanda tercinta.

          Seperti biasa, Damia akan menghayati keindahan pantai di saat dia tertekan. Air matanya mudah jatuh tatkala terkenangkan cinta hatinya dahulu. Hatinya terlalu tulus sehinggakan air mata menjadi murah dan kerap jatuh ke bumi. Segala masalah lebih gemar dipendam seorang diri kerana baginya tiada siapa yg boleh dipercayai melainkan dirinya sendiri. Lamunannya terhenti apabila seorang lelaki menyapa. Air mata pantas dikesat dan dirinya berpura kononnya sedang asyik menghayati indahnya ciptaan Pencipta. ‘Apa yg awak termenung ni? Jom kita balik, dah lama xrasa masakan isteri saya yg cantik ni’…Damia hanya membalas dengan senyuman tanda setuju.

          Selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, sudah menjadi kebiasaan bagi Aiman untuk mendengar sambil membetulkan bacaan Al-Quran isterinya. Selesai membaca satu surah, Aiman terus bercerita sambil memberikan tazkirah ringkas berkaitan seorang isteri yg nusyuz atau dengan nama lainnya derhaka. Aiman memulakan bicara, ‘Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata dan sebaik-baik keindahan adalah wanita yg solehah. Abg yakin Damia dah mahir dengan semua ilmu ni tapi abg wajib ingatkan agar tanggungjawab sebagai seorang suami tertunai. Damia tahu? Sangat mudah untuk seorang wanita peroleh syurga. Cukup dengan menunaikan solat 5 waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan taat kepada perintah suami. Tetapi seorang isteri yg nusyuz tidak dijamin syurga baginya’…Damia tersentak, perasaan takut menyelubungi diri. ‘Adakah aku dikira nusyuz?’ Hatinya meneka2, riak wajahnya berubah dengan serta-merta. Aiman menyambung lagi tanpa memperduli apa yg difikirkan isterinya. ‘Kebanyakan ahli neraka adalah wanita, apabila ditanya adakah mereka berzina atau membunuh anak atau kafir, mereka menjawab tidak. Mereka adalah seorang isteri yg tidak bersyukur akan segala nikmat serta keperluan yg diberikan suami. Mereka tidak pernah merasa cukup. Banyak lagi ciri lain yg Damia wajib jauhi termasuk menyakiti hati suami dan berpuasa sunat tanpa mendapat keizinan dari abg. Abg akan sambung dengan huraiannya esok. Abg yakin, Damia xpernah lakukan kesemua yg abg sebutkan tadi. Damia adalah jodoh terbaik yg Allah swt kurniakan buat abg’…Aiman melontarkan senyuman sebaliknya Damia hanya menunduk menahan malu. Perkahwinan merupakan satu ibadah, dengan hanya satu senyuman sahaja, pahala ganjarannya.

          Masa berlalu dan terus berlalu. Sekali lagi Damia menuju ke pantai setelah selesai melakukan kerja di pejabat. Sehingga saat itu dia masih belum mampu untuk melupakan sahabat dan juga cintanya satu masa dahulu, Afif. Dia kalah apabila berhadapan dengan soal hati. Sedang asyik mengukir namanya di pantai, tiba-tiba datang kelibat seorang wanita yg tidak dikenali. Wanita itu datang bersama seorang lelaki yg sangat dikenali. ‘Ya Allah! Ujian apakah ini?’…Afif! Ya, Afif kini berada di hadapannya. ‘Adakah ini suratan atau kebetulan?’…hatinya meneka. Hancur dan luluh hati apabila kali pertama melihat wajah wanita yg berjaya merampas kekasih hatinya. Mereka saling berpandangan, Afif memulakan kata. ‘Kecilnya dunia, xsangka kita boleh berjumpa di negara orang. Damia apa khabar? Sejak Damia berumah tangga Afif dah xdengar satu pun khabar berita. Kenalkan isteri Afif, Noor Syahadah’…Salam dari wanita itu disambut dengan mesra. Mereka berbual seketika sebelum pertemuan singkat itu diakhiri setelah Afif mendapat satu panggilan dari pemandu pelancongnya.

          Setelah selesai makan malam, Damia menegur Aiman. ‘Kenapa abg muram? Kalau abg xsihat Damia boleh ambilkan ubat’…pertanyaan itu langsung tidak dijawab. Ditanya lagi, ‘Abang marahkan Damia?’…Aiman tetap diam membisu seolah-olah membenarkan apa yg dikatakan Damia. Akhirnya Aiman mempersoalkan tentang gambar beserta cincin yg dijumpainya secara tidak sengaja. Damia tersentak, pertanyaan itu tidak mampu dijawab. Hanya perasaan bersalah menyelubungi diri. Damia masih menyimpan pemberian Afif setahun yg lalu tanpa pengetahuan suaminya. Keesokan hari, Aiman keluar untuk bekerja lebih awal dari kebiasaannya. Sarapan pagi yg disediakan Damia tidak disentuh apa lagi dijamah. Panggilan telefon dari Damia juga tidak dijawab. Hati suami mana yg tidak luluh setelah mendapat tahu perkahwinan yg dibina selama ini hanya atas dasar keterpaksaan semata2. Ya! Aiman baru menyedari hakikat cinta Damia Amira bukan miliknya.

          Damia terus menanti kepulangan suaminya di meja makan bersama menu makan malam yg sangat digemari Aiman. Satu panggilan dari Aiman diterima. Damia tidak mampu berkata2. Dia akhirnya terduduk rebah setelah mendapat khabar bahawa suaminya telah tiada kerana terlibat dalam satu nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Kata2 dari pemanggil masih terngiang di telinga. ‘Tabahkan hati puan Damia, puan boleh tuntut jenazah suami puan di hospital dengan segera untuk proses pemulangan jenazah ke Malaysia’…

          Dicapai segala barangan peribadi Aiman yg diserahkan pihak polis kepadanya. Damia menangis dan meraung-raung di ruang legar hospital tanpa memperdulikan pandangan orang sekeliling. ‘Ampunkan Mia abg!...Ampunkan Mia!... Mia berdosa dengan abg!... Mia nak tebus balik semua kesalahan Mia…Mia takut! Mia xnak jadi isteri yang derhaka’…Wajahnya pucat dan lesu, dicurahi dengan titisan air mata penyesalan. Tergerak hatinya untuk membelek telefon bimbit Aiman. Terbaca satu pesanan ringkas yg tidak sempat dihantar kepadanya. ‘Wahai isteriku Damia, maafkan abg. Abg perlukan masa untuk terima semua kenyataan ini. Abg dalam perjalanan pulang. Abg tahu, hati dan perasaan tidak mampu dikawal manusia. Abg juga tahu Damia dah cuba sedaya upaya untuk melupakan bekas kekasih Damia. Abg hargai usaha Damia. Terima kasih kerana telah menjadi isteri yg terbaik sepanjang perkahwinan kita, makan dan minum abg dijaga sempurna. Abg dah maafkan semua dosa Damia, abg juga dah halalkan makan minum Mia. Abg cintakan Mia selamanya, sampai ke syurga! Kita mulakan hidup baru ye selepas abg balik nanti'...

          Lamunannya terhenti. Sudah hampir setahun peristiwa itu terjadi. Damia mengesat air mata sambil memandang bayi kembarnya yang baru berusia 4 bulan. Sedih mengenangkan nasib anak2 yg akan membesar tanpa kasih seorang ayah. Damia pasrah dan redha atas ketentuan Ilahi. Kini Allah swt telah menggantikan kematian Aiman dengan kehadiran 2 orang putera yg bakal membela kehidupan dia apabila keduanya sudah melangkah dewasa.

          ‘Abang tunggu Damia di syurga’ lafaz Damia di dalam doa, sayu suaranya menahan sebak…

          Sesungguhnya jodoh yang dikurniakan Allah swt adalah yang terbaik. Berusahalah untuk tidak mensia2kan mereka. Penyesalan sudah tidak berguna apabila yg hidup telah pergi meninggalkan kita buat selamanya…karya Siti Nur Atiqah Abdul Aziz…  =)



                                          TAMAT



Sunday 8 July 2012

Sinar Cahaya


  ''Mak!''...Jeritan Marsya membuatkan ruang rumah yg sunyi sepi pada mlm itu brgema. ''Adik dapat!''... Sambil melonjak kegembiraan, jelingan abgnya Munir, langsung tidak diendahkan. ''Mak cuba tngok ni!''...Kata Marsya sambil membaca apa yg tertera di screen komputer ribanya...MARSYA SYAFINA BINTI HAMDI, anda terpilih dan akan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara Langkawi, TAHNIAH...

          Marsya menjalankan rutin harian seperti biasa, kehidupannya sebagai pelajar asrama tidak jauh beza seperti sekolah lamanya semasa di tingkatan 3. Berbekalkan keputusan PMR yg agak cemerlang, kini dia ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh.

          Setelah menempuh beberapa peperiksaan penting, cuti semester pun bermula. Masa yg ada dihabiskan dgn menyiapkan kerja yg diberi guru. Tiba2 kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Terus dicapai lalu dibaca satu sms yg diterima daripada nombor yg tidak dikenali... '' Assalamualaikum ''... Sepantas kilat sms itu dibalas... '' Ye, wsalam, sape ni?? ''... Marsya akhirnya tertidur setelah agak lama menunggu sms nya itu dibalas.

          Keesokan harinya, selepas menunaikan solat fardhu subuh, tercari2 di mana letaknya telefon bimbit berjenama nokia nya. Setelah dijumpai, dibacanya satu sms yg telah lama diterima. '' Aku la, Syafiq...buat ape cuti ni? tolong mak x kat rumah?hehe ''...Terkedu Marsya seorang diri...Hatinya berkata... '' Eh! dia ni mimpi ape?...tiba2 je tanya aku itu ini...kat sekolah bukan main pemalu lg...haish pelik2 ''...

          Sedar tak sedar sudah hampir setahun Marsya dan Syafiq berhubung. Mereka kerap berbalas sms. Hubungan yg pada awalnya hanyalah seperti adik dan abg lama kelamaan bertukar menjadi semakin serius. Tetapi keduanya tidak pernah menceritakan perasaan msg2 sehingga tamatnya peperiksaan SPM. Sesekali Marsya menjeling dari jauh apabila ternampakkan Syafiq...Pandangannya itu akhirnya ditundukkan apabila Syafiq menyedari dirinya diperhati...

          Sedang asyik membelek buku di bilik, Marsya disapa rakan sekelas Syafiq, Ikah. '' Marsya! nah, ambil ni, Syafiq bg. Tersenyum Marsya seorang diri sambil memandang bungkusan nasi yg diberi Ikah... '' Hurm, mcm tahu2 je aku lapar ''...hatinya berkata... Bungkusan nasi lemak itu dibuka lalu dimakan bersama rakan2nya yg lain...Sudah menjadi rutin, hampir setiap hari Syafiq akan mengirimkan sesuatu buat Marsya...

          '' Marsya, kau ni untung sgt2... Syafiq tu baik tahu x...Layan kau pun dh mcm puteri...Bila lapar, dia bg nasi... Bila sakit plak mcm2 ubat dia tolong belikan ''...Marsya hanya mampu tersenyum mendengar kata2 Ikah. Dia juga akui Syafiq baik orgnya...hatinya juga tulus...

          Setelah menempuh peperiksaan SPM, Marsya dan Syafiq mengambil keputusan untuk berjumpa sebelum kedua2nya pulang ke rumah msg2... Dengan ditemani 2 org teman, Marsya menuruti permintaan Syafiq untuk bermain badminton, iaitu sukan yg digemari Syafiq...Mereka berehat seketika setelah kedua2nya keletihan...Perlawanan diteruskan pula oleh rakan2nya yg lain...

          '' Marsya! Mak Syafiq dh smpai ''...tiba2 Marsya disapa... '' Ingat janji kita ye, kalau umur panjang kita rematch lagi 3 tahun...ingat ye 2013...Marsya hanya mengangguk, '' Insya'allah kalau Marsya masih bernyawa ''...kata gadis itu...Syafiq hanya membalasnya dgn senyuman...Tiba2 Marsya terkenangkan janji untuk berjumpa sempena menyambut ulang tahun kelahiran mereka yg hanya selang 3 hari di bulan Januari...Tersenyum sendiri apabila terfikir Syafiq hanya tua 3 hari darinya tetapi mtgnya seperti 3 tahun lebih tua...

          Sudah 4 tahun mereka berhubung, kedua2nya sibuk di universiti msg2. Marsya tiba2 disapa rakannya... '' Sya, jom pergi masjid mlm ni, aku ada buat mkn2 sikit, ye la... ni kan hari terakhir aku kat sini...bila pulak la kita boleh jumpa lepas ni ''...'' oke lin, xde hal la, jap g kalau dh siap ketuk pintu bilik aku k, kita pergi sma2 ''...

          Tepat pukul 3 pg...Marsya menangis seorang diri, dia terkenangkan satu peristiwa sebentar td... '' Ya Allah...aku belum cukup kuat, berilah aku kekuatan untuk menuju jalanmu ''... Tangisannya teresak2...direnungnya cahaya bulan yg samar2 di balik jendela... '' Aku cuma gadis biasa...bolehkah aku berubah?? ''............. Lagu nasyid Jalan Pulangku dimainkan...dia berasa sgt tenang apabila mendengar lagu itu...liriknya dihayati sedalamnya...

          Marsya hanya seorang gadis biasa, tidak terlalu warak dan bukan juga seorang gadis yg suka bersosial...Kehidupannya hanya sederhana,auratnya dijaga tetapi tidaklah terlalu sempurna...Lamunannya pada pg itu dikejutkan oleh satu suara.... '' Marsya, xteringin ke nak labuhkan sikit tdung kau tu, kalau nak tutup aurat biarlah berhemah n sempurna sikit sygku ''...tegur shazlin...'' Ha??...aku ni bukannya baik sgt pun...hurm...tapiii teringin la jugak...lepas kawin boleh cik lin?? ''...kata Marsya diikuti tawa kecilnya...

          Kata2 itu dibalas shazlin... '' Marsya........kalau umur kita panjang boleh la, tapi kalau kita mati sebelum kawin mcm mna??....kita bukannya tahu ajal maut suma tu...3, 4 minit lepas ni pun kita xtahu ntah bernyawa ke x lg ''...Marsya tersentap seketika, kata2 itu xmampu dbalasnya...Shazlin mendekatinya perlahan2... Marsya...aku tahu kau boleh, cuba sikit2 la ye...mulakan dgn pakai stokin, handsock...then baru la ubah sikit2 cara kau berpakaian...Marsya hanya mengangguk...'' Insya'allah...Thanks Shazlin ''...air matanya berlinangan...

          Cuti semester telah lama bermula...2 bulan telah berlalu...Marsya mengambil keputusan untuk ke rumah Shazlin sambil bersiar2 bersama Ikah...mereka bertiga merupakan sahabat pada zaman persekolahan dahulu...Sedang asyik bersiar2, tiba2 mereka bertiga terserempak dgn Syafiq lantas mengambil keputusan untuk berjalan bersama...universiti yg didiami Syafiq tidak jauh dari tempat itu...

          Mata Marsya terpana apabila terlihat sehelai tudung yg sudah lama diidamkannya...Kelakuannya itu diperhatikan Syafiq secara diam...Mereka bertiga kemudiannya singgah untuk berehat di sebuah kerusi berteduhkan dahan2 pokok...Mereka berpandangan sesama sendiri apabila menyedari ketiadaan Syafiq...Sebelum sempat mendail nombor telefonnya, Syafiq tiba2 muncul bersama sebuah bungkusan di tgn... '' Ni untuk Marsya, ambil la..pakai esok...dah lama Sya teringin kan?? ''....kata Syafiq...

          Marsya membuka bungkusan itu perlahan2...dia terkedu seketika...'' Ya Allah...terima kasih Syafiq...terima kasih byk2.. ''...katanya dalam keadaan sebak..Tudung dan baju yg dibeli di butik pakaian muslimah dipakai Marsya keesokannya...ternyata dia kelihatan sgt manis berbanding dahulu. Hatinya berasa tenang, penantiannya berakhir, keinginan juga tercapai, Marsya berasa sgt selesa.. Pada mulanya dia hanya ingin menuruti keinginan Syafiq untuk mencuba selama sehari, tetapi mungkin ini adalah hidayah yg dtg secara tiba2... '' Alhamdulillah. aku sudah bersedia..aku sudah ada kekuatan, insya'allah..aku akan terus kekal begini ''...air matanya menitis laju mengenangkan dosa2nya sebelum ini...

          3 hari berlalu, Marsya termenung seorang diri...lagu2 nasyid dibiarkan bergema di hujung telinga...Seperti ada sesuatu yg membuatkan dia gelisah...masih ada sesuatu yg masih belum lengkap... '' Ya Allah...tenangkanlah hati hambamu ini...sinarkanlah cahaya petunjukMu...aminn ''...dilafazkan doa itu sesudah solatnya...

          Tiba2 terdetik sesuatu yg tidak pernah terlintas di fikiran...


JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT...BELUM TIBA MASANYA LAGI UNTUK MEMIKIRKAN SOAL HATI...ANDAI KAMU SUDAH BERSEDIA SUATU HARI NANTI...PINANGLAH AKU...JADIKAN HUBUNGAN KITA HALAL DI SISINYA...TETAPI , BERILAH AKU MASA UNTUK MENJADI SOLEHAH TERLEBIH DAHULU..DIRI INI MASIH BELUM CUKUP SEMPURNA...MAAFKAN AKU...

SELAMAT TINGGAL.....HUBUNGAN KITA TAMAT DI SINI.....  =')

       
          '' Assalamualaikum Syafiq, cukuplah sampai di sini...Maafkan Marsya ''...sms itu dihantar...menggigil Marsya menunggu jawapan dari Syafiq...perasaan serba salah menyelubungi diri...

          Syafiq membalas... '' Kenapa ni Marsya...Syafiq ada buat salah?? ''....

          '' Awak xpernah buat salah...kalau awak nak tahu sbb ape saya buat semua ni, semuanya dh terjawab di Mekar Pelangi...baca cerpen yg saya tulis...semuanya ditujukan untuk awk...maaf sbb xdapat tunaikan janji kita dulu...kita hanya mampu merancang tapi Allah swt yg menentukan,saya xkan lupakan pengorbanan awk selama ni....maaf...selamat tinggal ''..................

          Sekali lg air mata Marsya bercucuran...dipandangnya ubat2 yg berselerakan di dalam laci mejanya... '' Aku mampu menempuhnya tanpa semangat dari Syafiq...kini Allah swt sentiasa bersamaku...semoga aku terus diberi kekuatan untuk hidup dan sakit yg ditanggung selama ini dipulihkan Allah swt ''...AMIN.....



                                                       -bukan nama sebenar-

                                                               TAMAT

       

 

Tuesday 22 May 2012

Aku gembira melihat kamu bahagia...


Cemburu…
Apa itu cemburu??
Wajarkah timbul perasaan cemburu??
Aku xmampu untuk merungkai semua itu…
Aku bukanlah pakar akan hal itu…
Tapi…sebagai manusia biasa…
Sudah menjadi lumrah untuk seseorang merasakan nya…
Kesedihan di saat orang yg ku cintai mencintai SAHABAT ku sendiri...
Jgn salahkan aku…
Aku manusia normal…
Yang mempunyai hati & juga perasaan…
Sakit, pedih…
Bertambah sakit apabila makin dilayan, makin dikenang…
Ahhh!
Hiraukan…
Lupakan…
Mungkin aku diuji…
Diuji untuk melihat sejauh mana aku mampu mengawal perasaan & nafsu yg sering menjahanamkan manusia…
Ya Allah..bantulah hambamu…
Jauhkan aku dari perkara2 yg boleh membawaku kepada dosa…tanpa ku sedari… =(
Jauhkan aku dari dia…
( Tabahkan hatimu wahai puteri… )

Tuesday 15 May 2012

Antara Cinta & Sahabat...

        Suasana pilu menyelubungi kamar…Nasyid berjudul doa perpisahan beralun memenuhi ruang rehat…Athirah termenung apabila terkenangkan rakan2 lamanya, tertanya-tanya apakah khabar mereka setelah 7 tahun terpisah…Hari bahagia itu sudah dekat, tersenyum sendiri tatkala fikirannya beralih kepada baju yg bakal disarungnya pada minggu hadapan…

       Tiba2 terlintas di fikiran untuk mencari barang2 kenangan bersama 6 orang sahabat suatu ketika dahulu, ketika masih bergelar pelajar asasi...amy, fatin, miza, pikah, erni dan izati…Satu persatu gambar ditatap, hanya senyuman mampu diukir… “Ya Allah…smpai sekarang aku tidak tahu di mana keberadaan mereka, adakah masing2 sudah mendirikan rumah tangga?”…hatinya meneka2…punca perpisahan tidak mahu dikenang lagi, setelah menamatkan ijazah di bumi kenyalang, Athirah berhijrah ke suatu tempat yang jauh dan asing bagi dirinya…

      Sedang asyik menyelak satu persatu surat yang pernah diterima, tiba2 matanya tertumpu kepada sebuah diari…Dengan rasa gentar, akhirnya dibuka diari yg banyak tersimpan kisah suka & duka kehidupannya suatu masa dahulu…’Sahabat’…berdegup jantungnya apabila teringat peristiwa itu…Dibacanya satu persatu apa yang pernah ditulis…Perlahan2 air mata mengalir…Wajah Khairul Adri bermain2 di fikiran…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

      ‘’ Aku coretkan semua ini untuk insan yang pernah bergelar sahabat…Manisnya mengenalimu…Perkenalan bermula di saat kau tiba2 menyapaku…”Menangislah, mengadulah kepada Dia,usah bersedih lagi”…Tersentap hatiku mendengar kata2 itu…Lembut hatiku, mengalir air mata tatkala ada insan mampu menghilangkan kesedihan dengan mengajakku untuk mengingatiNya…Tanpa ku inginkan, timbul rasa cinta…cintaku bukanlah disebabkan harta,keturunan mahupun rupa, tetapi cukuplah disebabkan kuatnya pegangan agama yang kau miliki…

      Pantasnya masa berlalu…Atas alasan persahabatan aku kerap berhubung denganmu…Aku selesa kerana mempunyai seorang sahabat yang bersedia mendengar semua masalah yang dihadapi, aku menjadi tenang, hari2ku dipenuhi senyuman, bahagia kerana mengenalimu…Perkenalan ini juga membawa kepada keretakan hubungan yang sudah sedia ada…lekanya aku…

     ( Leka! itulah lumrah manusia biasa yang xpernah lari melakukan kesilapan… )

      Kini kau menjauhiku, tercari2 dimana salah,di mana khilafku…………Aku bukanlah seorang muslimah yang sanggup berkorban demi untuk menyampaikan dakwah, seperti yang kau inginkan…Perkenalan kita akhirnya tamat di sini, sebaknya hatiku…Menangis di kala orang lain sedang gembira…Kesedihan ini ku pendam seorang diri, tanpa diketahui sesiapa termasuk rakan baikku sendiri…Aku cuba untuk menguatkan hati…

      Terima kasih sahabat…mungkin ada hikmah di sebalik semua ini…Sedikit sebanyak kau telah banyak berjasa dalam membentuk diri ini ke arah untuk menjadi muslimah yg betul2 sejati…Aku akan ingati segala tunjuk ajar serta nasihat yg selalu kau berikan…Terima kasih sahabat!!...Doakan insan yg pernah bergelar sahabat ini mampu untuk meneruskan liku2 kehidupan yg penuh cabaran ini… Insya’allah,aku akan cuba… Aku akan cuba untuk meletakkan diriku sebagai seorang wanita yg berguna untuk agama…Semuanya yang ku lakukan bukanlah kerana dirimu, tapi kerana Allah swt…mungkin kau adalah perantara antara aku dan Dia…Semoga Allah swt meredhai perpisahan ini… Kenang daku dalam doamu…Aku doakan kau bahagia dengan pilihan yg sehebat dirimu…

      Seperkara yang kamu harus tahu sahabat!...Aku bakal melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat…Aku telah menemui seorang lelaki yg sanggup menjadikan aku isteri, dan sanggup untuk terus membimbing diriku yang lemah ini…Aku bahagia dengan pilihanku sekarang,Ariff…Aku bersyukur kerana telah dihadiahkan pelangi setelah ditimpa hujan yg lebat… “

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

      Perlahan2 diari itu ditutup…diletakkan kembali ke tempat yg asal…pilu hati apabila terkenangkan kesedihan yg pernah dihadapi…Peristiwa itu banyak mengajar dirinya, perubahan demi perubahan berjaya dicapai…Dia bangga dengan dirinya sekarang…Terima kasih sahabat…terukirlah senyuman di sebalik air mata yg jatuh…Air mata gembira & syukur…

      Seminggu berlalu…

      ‘’Aku terima nikahnya Nurul Athirah bt Abdul Azid dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai”….tersenyum kedua2 wajah…Alhamdulillah…dengan terlafaznya akad itu, maka terpikullah tanggunjawab sebagai isteri kepada seorang jurutera yg berjaya…Perkenalan di bangku sekolah akhirnya disudahi dengan satu ikatan perkahwinan…Dengan perasaan yg sgt gementar, niqabnya dibuka… “ Wajah ini hanya untuk suamiku”…(Athirah)  =)
      “Terima kasih tira, kau masih cantik seperti dahulu”…itulah yg mampu diucapkan seorang lelaki yg telah sah bergelar suami…(Ariff)