Wednesday 29 January 2014

Cintaku di Syurga!

          ‘Aku nekad! Ni keputusan yg terakhir dan keputusan ni xkan aku ubah!’…hentak Damia di dalam hati. Air matanya menitis sambil mengenangkan kenangan serta harapan yg telah hancur. ‘Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Moga dia bahagia bersama teman hidupnya. Sungguh, perit untuk ku terima orang yg amat ku cinta selama bertahun akhirnya menjadi milik orang’…Air mata berterusan mencurahi pipi. Damia hanya berkurung di dalam kamar dan terus menanti keajaiban yg xkan kunjung tiba. Hari demi hari terus berlalu, akhirnya digagahkan juga langkah untuk berhadapan dengan hari yg mendatang. Keputusan yg sangat drastik dilakukan tanpa berfikir panjang. Damia menerima lamaran seorang lelaki yg telah lama berkenan untuk menjadikannya isteri. Bukan kerana cinta, rupa mahupun harta, apa yg difikirkan Damia hanyalah seseorang yg mampu mengubat jiwanya yg lara. Dengan masa yg terlalu pantas, dengan tempoh yg sgt singkat, akhirnya Damia Amira sah menjadi isteri kepada seorang suami yg cantik akhlaknya.

          Setelah 3 bulan usia perkahwinan, Damia mengambil keputusan untuk menetap di sebuah negara yg sangat asing baginya. Kehendak Damia hanya dituruti suaminya Aiman. Perkara itu bukanlah menjadi masalah kerana Aiman mempunyai beberapa cawangan syarikat di serata dunia. Aiman punya segalanya, namanya juga gah di dalam mahupun luar negara. Dia juga merupakan al-hafiz iaitu penghafaz Al-Quran juga seorang daie yg bergerak aktif satu masa dahulu. Kini Aiman lebih sibuk dengan kerjaya dan syarikat yg terpaksa dikendalikan setelah pemergian ayahanda tercinta.

          Seperti biasa, Damia akan menghayati keindahan pantai di saat dia tertekan. Air matanya mudah jatuh tatkala terkenangkan cinta hatinya dahulu. Hatinya terlalu tulus sehinggakan air mata menjadi murah dan kerap jatuh ke bumi. Segala masalah lebih gemar dipendam seorang diri kerana baginya tiada siapa yg boleh dipercayai melainkan dirinya sendiri. Lamunannya terhenti apabila seorang lelaki menyapa. Air mata pantas dikesat dan dirinya berpura kononnya sedang asyik menghayati indahnya ciptaan Pencipta. ‘Apa yg awak termenung ni? Jom kita balik, dah lama xrasa masakan isteri saya yg cantik ni’…Damia hanya membalas dengan senyuman tanda setuju.

          Selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, sudah menjadi kebiasaan bagi Aiman untuk mendengar sambil membetulkan bacaan Al-Quran isterinya. Selesai membaca satu surah, Aiman terus bercerita sambil memberikan tazkirah ringkas berkaitan seorang isteri yg nusyuz atau dengan nama lainnya derhaka. Aiman memulakan bicara, ‘Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata dan sebaik-baik keindahan adalah wanita yg solehah. Abg yakin Damia dah mahir dengan semua ilmu ni tapi abg wajib ingatkan agar tanggungjawab sebagai seorang suami tertunai. Damia tahu? Sangat mudah untuk seorang wanita peroleh syurga. Cukup dengan menunaikan solat 5 waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan taat kepada perintah suami. Tetapi seorang isteri yg nusyuz tidak dijamin syurga baginya’…Damia tersentak, perasaan takut menyelubungi diri. ‘Adakah aku dikira nusyuz?’ Hatinya meneka2, riak wajahnya berubah dengan serta-merta. Aiman menyambung lagi tanpa memperduli apa yg difikirkan isterinya. ‘Kebanyakan ahli neraka adalah wanita, apabila ditanya adakah mereka berzina atau membunuh anak atau kafir, mereka menjawab tidak. Mereka adalah seorang isteri yg tidak bersyukur akan segala nikmat serta keperluan yg diberikan suami. Mereka tidak pernah merasa cukup. Banyak lagi ciri lain yg Damia wajib jauhi termasuk menyakiti hati suami dan berpuasa sunat tanpa mendapat keizinan dari abg. Abg akan sambung dengan huraiannya esok. Abg yakin, Damia xpernah lakukan kesemua yg abg sebutkan tadi. Damia adalah jodoh terbaik yg Allah swt kurniakan buat abg’…Aiman melontarkan senyuman sebaliknya Damia hanya menunduk menahan malu. Perkahwinan merupakan satu ibadah, dengan hanya satu senyuman sahaja, pahala ganjarannya.

          Masa berlalu dan terus berlalu. Sekali lagi Damia menuju ke pantai setelah selesai melakukan kerja di pejabat. Sehingga saat itu dia masih belum mampu untuk melupakan sahabat dan juga cintanya satu masa dahulu, Afif. Dia kalah apabila berhadapan dengan soal hati. Sedang asyik mengukir namanya di pantai, tiba-tiba datang kelibat seorang wanita yg tidak dikenali. Wanita itu datang bersama seorang lelaki yg sangat dikenali. ‘Ya Allah! Ujian apakah ini?’…Afif! Ya, Afif kini berada di hadapannya. ‘Adakah ini suratan atau kebetulan?’…hatinya meneka. Hancur dan luluh hati apabila kali pertama melihat wajah wanita yg berjaya merampas kekasih hatinya. Mereka saling berpandangan, Afif memulakan kata. ‘Kecilnya dunia, xsangka kita boleh berjumpa di negara orang. Damia apa khabar? Sejak Damia berumah tangga Afif dah xdengar satu pun khabar berita. Kenalkan isteri Afif, Noor Syahadah’…Salam dari wanita itu disambut dengan mesra. Mereka berbual seketika sebelum pertemuan singkat itu diakhiri setelah Afif mendapat satu panggilan dari pemandu pelancongnya.

          Setelah selesai makan malam, Damia menegur Aiman. ‘Kenapa abg muram? Kalau abg xsihat Damia boleh ambilkan ubat’…pertanyaan itu langsung tidak dijawab. Ditanya lagi, ‘Abang marahkan Damia?’…Aiman tetap diam membisu seolah-olah membenarkan apa yg dikatakan Damia. Akhirnya Aiman mempersoalkan tentang gambar beserta cincin yg dijumpainya secara tidak sengaja. Damia tersentak, pertanyaan itu tidak mampu dijawab. Hanya perasaan bersalah menyelubungi diri. Damia masih menyimpan pemberian Afif setahun yg lalu tanpa pengetahuan suaminya. Keesokan hari, Aiman keluar untuk bekerja lebih awal dari kebiasaannya. Sarapan pagi yg disediakan Damia tidak disentuh apa lagi dijamah. Panggilan telefon dari Damia juga tidak dijawab. Hati suami mana yg tidak luluh setelah mendapat tahu perkahwinan yg dibina selama ini hanya atas dasar keterpaksaan semata2. Ya! Aiman baru menyedari hakikat cinta Damia Amira bukan miliknya.

          Damia terus menanti kepulangan suaminya di meja makan bersama menu makan malam yg sangat digemari Aiman. Satu panggilan dari Aiman diterima. Damia tidak mampu berkata2. Dia akhirnya terduduk rebah setelah mendapat khabar bahawa suaminya telah tiada kerana terlibat dalam satu nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Kata2 dari pemanggil masih terngiang di telinga. ‘Tabahkan hati puan Damia, puan boleh tuntut jenazah suami puan di hospital dengan segera untuk proses pemulangan jenazah ke Malaysia’…

          Dicapai segala barangan peribadi Aiman yg diserahkan pihak polis kepadanya. Damia menangis dan meraung-raung di ruang legar hospital tanpa memperdulikan pandangan orang sekeliling. ‘Ampunkan Mia abg!...Ampunkan Mia!... Mia berdosa dengan abg!... Mia nak tebus balik semua kesalahan Mia…Mia takut! Mia xnak jadi isteri yang derhaka’…Wajahnya pucat dan lesu, dicurahi dengan titisan air mata penyesalan. Tergerak hatinya untuk membelek telefon bimbit Aiman. Terbaca satu pesanan ringkas yg tidak sempat dihantar kepadanya. ‘Wahai isteriku Damia, maafkan abg. Abg perlukan masa untuk terima semua kenyataan ini. Abg dalam perjalanan pulang. Abg tahu, hati dan perasaan tidak mampu dikawal manusia. Abg juga tahu Damia dah cuba sedaya upaya untuk melupakan bekas kekasih Damia. Abg hargai usaha Damia. Terima kasih kerana telah menjadi isteri yg terbaik sepanjang perkahwinan kita, makan dan minum abg dijaga sempurna. Abg dah maafkan semua dosa Damia, abg juga dah halalkan makan minum Mia. Abg cintakan Mia selamanya, sampai ke syurga! Kita mulakan hidup baru ye selepas abg balik nanti'...

          Lamunannya terhenti. Sudah hampir setahun peristiwa itu terjadi. Damia mengesat air mata sambil memandang bayi kembarnya yang baru berusia 4 bulan. Sedih mengenangkan nasib anak2 yg akan membesar tanpa kasih seorang ayah. Damia pasrah dan redha atas ketentuan Ilahi. Kini Allah swt telah menggantikan kematian Aiman dengan kehadiran 2 orang putera yg bakal membela kehidupan dia apabila keduanya sudah melangkah dewasa.

          ‘Abang tunggu Damia di syurga’ lafaz Damia di dalam doa, sayu suaranya menahan sebak…

          Sesungguhnya jodoh yang dikurniakan Allah swt adalah yang terbaik. Berusahalah untuk tidak mensia2kan mereka. Penyesalan sudah tidak berguna apabila yg hidup telah pergi meninggalkan kita buat selamanya…karya Siti Nur Atiqah Abdul Aziz…  =)



                                          TAMAT



No comments:

Post a Comment